Teknologi LED (diod pemancar cahaya) di aplikasi pada pencetak

12:57 PG Dicatat oleh Krai Utara


SELEPAS teknologi termal, inkjet dan laser diaplikasikan pada kebanyakan pencetak, kini ia telah diperluas menerusi penggunaan diod pemancar cahaya atau LED pula.
Diterajui oleh syarikat perkakasan teknologi maklumat terkenal, Brother International Malaysia (Brother), rangkaian pencetak itu didatangkan dengan ciri terbaik untuk kegunaan di rumah, pejabat kecil (SOHO) serta industri kecil dan sederhana (IKS).
Ia merangkumi dua model untuk pencetak kompak LED warna dan tiga model bagi pencetak LED pelbagai fungsi (MFC).
Kehadiran produk ideal ini memberi fokus kepada beberapa kriteria penting iaitu kelajuan dan juga saiz.
Menurut Pengarah Brother International (Malaysia) Sdn. Bhd., Yoshiaki Otsuka, pihaknya yakin pengguna sudah sedia maklum dengan teknologi LED kerana ia sebelum ini telah diaplikasikan pada banyak peranti seperti televisyen dan juga monitor komputer.
“Teknologi LED dapat mengurangkan penggunaan komponen pada pencetak menjadikannya bersaiz kompak, menjimatkan ruang dan harganya juga lebih murah,” jelasnya pada pelancaran pencetak tersebut di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kemajuan teknologi LED pada pencetak itu membenarkan aktiviti mencetak dokumen berwarna lebih pantas sehingga mencapai 16 halaman seminit (ppm) dengan resolusi kualiti terbaik.
Menerusinya, pencetakan akan menjadi lebih konsisten dan stabil selain tidak memerlukan kos yang tinggi.
Selain itu, pengguna juga tidak perlu bersusah-payah untuk mengisi kertas berkali-kali kerana pencetak tersebut boleh menampung 250 helai kertas sekali gus.
Ciri lain yang ditampilkan adalah seperti capaian rangkaian wayarles dan sambungan LAN untuk aplikasi ramai pengguna serta menjimatkan masa.
Melihat kepada fungsi pencetak LED MFC pula, ia menawarkan beberapa kemudahan tambahan seperti menyalin, mengimbas dan faksimile.
Terdapat juga beberapa model terpilih yang mempunyai slot USB untuk kemudahan mencetak dokumen secara terus.
Model-model ini turut dilengkapi dengan mod penjimatan dakwat supaya pengguna boleh mengawal penggunaan sebuk dakwat.
Tidak melupakan tanggungjawab terhadap alam sekitar, pencetak-pencetak berkenaan telah dibangunkan dengan teknologi Energy Star untuk mengurangkan kesan pencemaran dan menjimatkan tenaga.
Dua model pencetak kompak LED warna iaitu HL-3040CN dan HL-3070CW masing-masing ditawarkan pada harga pasaran RM999 dan RM1,299.
Bagi model-model pencetak kompak LED MFC pula iaitu DCP-9010CN, MFC-9120CN dan MFC-9320CM setiap satunya dijual pada harga RM1,799, RM1,999 dan RM2,199.
Maklumat lanjut mengenai pencetak Brother ini boleh diperolehi daripada laman webwww.brother.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan